katakan tidak pada nescafe

Hye semua.selamat bercuti tahun baru cina semua..makan buah limau banyak banyak lepas tu kena beratur nak masuk toilet.. hihihihi...hari ni aku cuti tapi esok dah kena kerja balik sebab gantikan orang lain kan..tak pe lah.berkorban je lah..lagipon tak balik kampung pon..tiket habis..sedeh je..huhuhu...

Bila aku berseorangan kat rumah, tahap kemalasan tak payah cakap lah..memang malas nak mapus..breakfast merangkap lunch..MEGGI CUP jer...tengah syok syok makan tu tetiba je tekak rasa macam nak kan sesuatu...tekak terasa nak minum nescafe..atau dalam erti kata lain aku dah addicted dengan nescafe..kalau sehari je tak minum mula la nak mengamuk, moody semacam je..rasa macam semua tak kena..tapi aku pon perasan jugak..aku start minum nescafe ni time diploma dulu..minum banyak mana pon tak ada effect langsung..ada setengah orang tu minum secawan terus tak boleh tidur..aku pulak minum banyak mana pon nyenyak je tidur...tapi prestasi kesihatan aku makin menurun lah..aku mudah sakit kepala..badan aku lemah..aku selalu sakit pinggang...aku tahu semua ni kesan dari nescafe la..aku dah try nak kurangkan..dah macam macam buat tapi tulah aku langsung tak boleh bau..orang lain buat, aku bau automatik aku pon bangun buat jugak..hihihi...
banyak sebanarnya keburukkan nescafe ni, lagi lagi untuk perempuan..bos aku sendiri cakap banyak sangat minum kopi dan nescafe ni boleh menyebabkan kita susah nak dapat anak.OMG...takut giler time dengar tu,..tapi tulah..nak stop minum susah giler...

Antara keburukkan nescafe yang aku jumpa hasil dari pencarian di GOOGLE

####Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca
tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan
dahi berpeluh
2. Kerap merasakan kesakitan pada dada.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang
pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan
jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Tapak tangansemakin basah.


###  Nescafe adalah tidak baik dan
merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran
ini sangat merosak jantung.
Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari
kelapa sawit (non dairy creamer)’

Pengambilan nescafe ni selalu dikaitan dengan sakit jantung, susah dapat anak, panas baran, rosak buah pinggang, sakit kepala @ migrain, berdebar debar

Jadi aku memang kena stop daripada minum nescafe ni..dah la aku jenis kureng sikit dengan air masak ni..makin teruk la badan aku nanti...kan kan..
lepas ni aku terpaksa katakan tidak pada nescafe...bye bye minuman kegemaran ku...

..Terima Kasih Kerana Membaca....

12 Suara Hati:

Lady said...

sis suke gak minum nescafe niii.. taktau pulakk camtu feedback die

NIA SI DRUMSTICK said...

Hahaha..antu kopiiii..

Anonymous said...

da keje ksg x kat ashanim? heheee

miss fluffy said...

kite xsuka nescafe..bau yg kuat buat sakit kepala...huhu

Nastyna said...

Salam kenal,
Ha kami pun dulu addicted dengan hantu nescaffe ni, now ok la kami minum kopi kampung biasa jer. payah nak elak bau dia memang memanggil2.

Nazrin Shah said...

Salam tiqa... Pls reply this 1 sbb i still kept buku cara sembahyang u bg i tu....

Qa Thyqa said...

@lady: percayalah...nescafe mmg sedap giler...tapi kena percaya jugak..nescafe mmg langsung x ada kebaikan...huhuhu

Qa Thyqa said...

@nia: well...seperti biasa lah...susah nak elakkan dari kopi ni kan..berhenti minum nescafe dah..tapi still tak boleh berhenti minum kopi...hahahaha...

Qa Thyqa said...

@miss fluffy: huhuhu...kita pulak tak boleh nak bau sebab bila bau je atutomatik kita akan cari bau tu..bau tu sangat sedap :)

Qa Thyqa said...

@nastyna: sama lah..sekarang minum kopi je..sebab kopi ni ok sikit dari nescafe kan..pasal bau mmg still akan tercari2 kalau terbau.. :)

Qa Thyqa said...

@nazrin shah: already reply, simpanlah sebab buku tu pon still ada kegunaannya...boleh ajar nak u pulak nnti

Nazrin Shah said...

Owh ok den thanx for da book...anywAy fb u ape?